Thursday 28 February 2019

HEMANGIOMA

HORAS!!!!

GOOD MORNING






sewaktu dilahirkan berat 2.8kg (35minggu)











Waktu ini  4 bulan (berat 10kg)






Berusia 8 bulan masa ni

















sebelum tu kita kena kenal dulu apa itu hemagioma, baca ye....


"Hemangioma merupakan salah satu kelainan pembentukan pembuluh darah yang dapat terjadi pada setiap jaringan dalam tubuh. Hemangioma ini bisa dimasukan pada kelompok tumor jinak namun tidak seperti kanker melainkan benjolan yang terbentuk dari pembuluh darah.
Meski digolongkan tumor jinak, hemangioma tidak selalu berbentuk benjolan seperti tumor pada umumnya. Selain itu, hemangioma juga bukanlah tanda lahir, karena pada tanda lahir biasanya akan tampak warna merah atau warna biru dengan bentuk datar tidak timbul benjolan. Sementara itu, benjolan malah terlihat pada pendrita hemangioma. Umumnya sebanyak 55% hemangioma sudah timbul dan terlihat sejak lahir dan sisanya baru tampak setelah bayi berusia satu minggu


 Faktor Apakah yang Menyebabkan Hemangioma Ini Muncul?


Hingga saat ini belum diketahui secara jelas,  faktor apa sajakah yang dapat menyebabkan timbulnya hemangioma atau bercak merah pada anak ini. Namun hal yang baru diketahui hingga saat ini bahwa hemangioma :

1. Lebih sering terjadi pada bayi dan anak-anak dibandingkan pada remaja dan orang dewasa.

2. Kasus Hemangioma lebih banyak dijumpai pada anak-anak kembar.

3. Hasil studi kasus menyatakan, hemangioma ini banyak ditemukan di ras Kaukasia, seperti Asia dan Afrika.Apakah

Adakah  Hemangioma Ini Berbahaya?

Satu hal yang perlu diketahui hemangioma ini bukanlah sebuah penyakit yang ganas, karena pada umumnya hemangioma ini bisa hilang dengan sendirinya. Hanya saja meski digolongkan tidak berbahaya, sebaikya penderitanya memeriksakan diri kedokter untuk memastikan bahwa tidak ada gangguan kesehatan yang terjadi akibat hemangioma ini.
 Namun demikian, ada beberapa kasus hemangioma yang membutuhkan penanganan khusus yang lebih lanjut. Hemangioma ini memang tidak berbahaya, hanya saja karena pertumbuhannya bisa menyerang bagian tubuh manapun, maka hal ini akan menurunkan estetika kecantikan tubuh dan membuat para penderitanya menjadi tidak percaya diri. Hemangioma kemungkinan akan sulit dideteksi sejak dini. Apabila ditemukan tanda-tanda dan kelainana kulit pada anak atau ketika hemangioma tersebut mengalami gangguan aneh seperti pendarahan atau hal lainnya ada baiknya segera bawa anak anda kedokter untuk mendapatkan penanganan yang lebih lanjut."






OK aku sambung cerita aku


Aku ni suka membelek dan alert apa yg terjadi, tetapi disebabkan salah teknikal dan yg meberitahu aku tu lebih handal bab medical, maka aku pun caye le bulat2, xkan aku nak engkar plak kan...


Kisah dia gini semasa umor anak aku dlam 10 hari, dia ni aku Nampak ada tumbuh merah macam ruam kat btg hidung dia, mmg pada masa tu ruam byk tumbuh, musim panas, tetapi yg kat batang hidung dia tu lain macam sikit, merah dia menyerlah, so aku tanya misi2 yg dtg melawat kerumah aku, masa tu misi2 ni rajin dtg melawat lebih 10 hari kot, al maklumlah aku  ni kira dah Kertu jugak beranak  yg ni, ceaser plak tu, so malas sangat nak kesana kemari bwk anak, so diaorang  lah yg dtg hari2..rajinkan ?? ..ku tabik springgg laaa…  aku tanya kenapa jadi gitu, depa jwp xpe bende tu akan hilang bila anak dah besar nanti..jadi ok lah kan...bila dah sampai umor anak aku  sebulan lagi besar plak aku tgok, jadinya aku bwk plak jumpa doctor, so bebudak ni kalua masa kecik ada time2 jumpa doctor kan,, ambik imunisasi bagai kan,  setiap kali jumpa aku akan tanya bende yg sama, iaitu berkenaan merah tu dan juga mata dia..jawapan diberi akan hilang, bab mata plak doctor kata sbb dia sepet, so juling sket, doctor tu tunjuk kat aku bila dia  bukak kelopak mata anak,kedudukan mata hitam dia normal..makanya aku pun caye je lah kan,sbb dia orang yg selalu  hadap bayi2 ni setiap hari, macam2 kerenah diorang tau lah kan.…


Jadinya sampai lah anak aku ni berumo setahun setengah, dah pandai jalan bagai, anak aku ni special sikit 10 bulan dah berjalan ligat,dan dia juga digemari oleh semua kaum, bila jalan2 supermarket atau gi kemana2,mmg x lepas kene sambar ngan org lain, wpun aku x kenal, tp time tu xde pikrr pun org nak samun anak bagai, wpun gitu ttp aku pantau..ada cina2 yg aku jumpa anak aku ni byk ong, entah ler idak le nak caye beno...lantak dema le..sbb ada bende alah kat hidung tu..


Nak jadi cerita masa aku berjalan kat UO Ipoh nak beli baju dia lah, dia seronok  bermain ngan anak2 cina kat situ, entah mcm mana salah sorang anak2 cina tu terkutil hidung ank aku,maybe dia geram tengok merah menyala seketui, hahahaha..maka bedarah lah, terus kami bwk anak ke kilinik..dan klinik bagi surat suruh rujuk ke pakar dermatologies dan pakar kanak2, pergi le pulak kesitu, terus doctor berithau kena buat pemebedahan kecil utk buang ketumbuhan tersebut,dengan kaedah cucuk di setiap sudut tempat merah tu selama seminggu sekali, berakti aku kene berulang 3 kali, sbb doctor kata x perlu masuk wad hanya sekadar daily warded sahaja, lepas buat rehat kejap , sebelah petang boleh balik, proses tu x lama dalam 15 minit ke 30 gitu, sbb cucuk je bagi mematangkan nerve2 sekitar merah tu supaya tidak mebesar lagi, tp kesian jugak tgok anak aku, masa buat xde bius pun, cucuk terus kemuka,kalau  org dewasa mmg kena penerajang dah, sbb Budak ekcik menjerit je lah sampi x berbunyi, dibalut dema ngan kain selimut x bagi dia begerak, daku pun bebel jugak suruh kasi ubat bius, bagi dia laluk, tp doctor kata x peru sebab kejap je proses tu, lepas kena bebel doctor  suruh aku duduk kat luar je lah, satgi x jadi kerje hahahahah.. selepas usai anak aku diabawa ke bed sedia khas utk dia, skali  tgok mak aiii muka senget benget , xde rupa dia dah, aku pun mula la meleleh  ayo mata, doctor dtg tenangkan aku, doctor kata x lama dalam setengah hari nnti elok lah balik, aku ingat cacat dah muka anak aku rasa menyesal buat pun ada…
hari2 seterusnya bila dtg anak aku Nampak doctor botak tu dia menjerit x ketahuan, fobia, jenuh mujuk, tp buat juga lah dalam keterpaksaan sbb nak cantic, habis lah rawatan 3 hari selama 3 minggu...sehingga hari ni merah tu xde lah tp benjolan tu ttp ada walaupun sudah berwarna kulit yg sedia ada, so sekarang  perubahan yg ketara, dia x pernah nak tegok cermin, kaalau  pakai tudung main sarung dia betul2 elok je…
     ni umor dia baru 4 tahun Nampak kan kat hidung dia walaupun dah hilang merah benjol ttp ada




sssh!!! nak bisik kejap, anak aku ni masa aku mengandung uri ada dua, kembo uri, satu kosong satu dia la..so hemagioma yg kita Nampak tu tanda  utk dia lah kot...agaknye laaa..kome jgn pecaya plak


No comments:

Post a Comment