Monday 21 October 2019

Dr Rushdan


Horas!
Aku share je apa pakar ni ckp

Derita yang dilalui oleh pesakit kanser, memang sukar untuk diungkapkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Pun begitu, bila dilihat dari sisi semangat yang mereka ada, jujur terbukti mereka ini cukup luar biasa. Hakikatnya, bukan calang-calang orang mampu diuji sedemikian.
Menyentuh tentang makna sembuh sepenuhnya bagi pesakit kanser, ayuh kita fahami perkongsian yang diberikan oleh Dr. Rushdan Noor ini melalui akaun fbnya. Jom semak..MAKSUD “KANSER SEMBUH SEPENUHNYA”

Semua pesakit kanser mahu penyakit kanser mereka disahkan SEMBUH SEPENUHnya. Begitu juga pakar kanser yang tentu akan merasa satu kepuasan jika berjaya merawat pesakit kanser sehingga sembuh. Walau bagaimanapun perkataan sembuh sepenuhnya daripada penyakit kanser tidak sama dengan penyakit bukan kanser.

Penyakit ketumbuhan fibroid (bukan kanser) yang dikesan pada rahim seorang wanita boleh dianggap sembuh sepenuhnya jika pembedahan mengeluarkan rahim dilakukan. Begitu juga ketumbuhan-ketumbuhan bukan kanser yang lain akan dianggap sembuh sepenuhnya jika ketumbuhan itu dikeluarkan.

Penyakit kanser BELUM boleh dianggap sembuh sepenuhnya walaupun kanser sudah tidak dapat dikesan (melalui semua jenis ujian) selepas rawatan ataupun pakar bedah sudah mengeluarkan kanser tersebut daripada badan. Pakar kanser hanya akan nengatakan bahawa buat masa ini ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan tidak ada kanser yang wujud dalam diri pesakit. Dalam istilah perubatan, kami gunakan perkataan “no evidences of disease” (NED) ataupun “disease free”. Ini bukan bermaksud pesakit kanser sudah sembuh sepenuhnya.

Boleh Datang Semula

Kanser berbeza dengan penyakit bukan kanser kerana kanser masih boleh datang kembali selepas rawatan walaupun ujian-ujian pengesanan yang dilakukan tidak menunjukkan adanya kanser. Ada beberapa sebab mengapa keadaan ini berlaku di antaranya adalah:

1. Kanser adalah penyakit yang asalnya disebabkan berlaku kelainan genetik yang bertanggungjawab mengawal pembiakan sel. Walau pun kanser sudah dihapuskan sepenuhnya, kelainan genetik itu masih wujud.

2. Pendedahan kepada punca terjadinya kanser itu masih terus berlaku samada disedari ataupun tidak disedari oleh pesakit. Banyak jenis kanser yang tidak diketahui puncanya, jadi pesakit tidak tahu apa yang perlu dielakkan.

3. Ujian-ujian mengesan kanser yang ada pada hari ini tidak 100% tepat. Setiap ujian samada ujian darah ataupun pengimejan diagnostik seperti CT scan, MRI dan PET scan mempunyai kelemahan dan tidak 100% tepat. Jadi jika PET scan melapurkan tidak ada “hot spots” bukan bermaksud 100% tidak ada sel kanser di dalam badan.

4. Sel-sel kanser boleh berubah menjadi kebal kepada rawatan dan walaupun pembedahan serta rawatan kemoterapi/radioterapi dijalankan telah berjaya menghapuskan hampir kesemua sel kanser, sel kanser yg terselamat boleh berubah menjadi kebal dan lambat laun boleh membiak semula selepas beberapa lama mendiamkan diri. Sel-sel kanser ini selalunya daripada kanser jenis yang ganas ataupun kanser peringkat lewat.

5. Kaedah rawatan kanser yang ada pada hari ini walaupun terbaik setakat ini, namun bukan 100% berkesan. Banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan rawatan termasuk jenis kanser, peringkat kanser, jenis rawatan, dos rawatan, jangkamasa rawatan dan lain-lain lagi. Faktor sistem di dalam badan pesakit juga memainkan peranan, contohnya pesakit yang mempunyai kelemahan sistem pertahanan lebih sukar dirawat. Rawatan dianggap kurang berkesan jika tempoh “disease free” yang dialami oleh pesakit adalah singkat.

Negatif Selama 10 Tahun

Walau bagaimanapun memang ada pesakit yang akan sembuh sepenuhnya tetapi pakar kanser tidak dapat mengesahkannya dalam jangkamasa yang singkat. Peluang untuk sembuh sepenuhnya bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser dan banyak lagi faktor. Kanser di peringkat awal mempunyai kadar penyembuhan yang paling tinggi.

Umumnya seseorang pesakit kanser itu dianggap sembuh sepenuhnya jika semua kaedah ujian pengesanan kanser melapurkan keputusan negatif selama 10 TAHUN. Maksudnya pesakit kanser perlu menjalani rawatan susulan selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum boleh dianggap SEMBUH SEPENUHNYA (ada juga kes terpencil di mana kanser datang kembali selepas 10 tahun).

Jangan Terpedaya

Pesanan saya kepada orang awam adalah amalkan gayahidup sihat dan lakukan saringan kanser kerana mencegah lebih baik daripada berubat. Manakala pesanan saya kepada pesakit kanser pula adalah jangan berhenti menghadiri klinik kanser untuk pemeriksaan susulan walaupun anda sudah tamat menjalani rawatan dan pakar kanser sudah memaklumkan yang anda sudah tidak memerlukan rawatan lanjut. Hampir 80% kes-kes kanser berulang dikesan pada 2 tahun pertama dan 20% lagi pada tahun-tahun berikutnya.

Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pengamal rawatan alternatif ataupun penjual produk suplemen/herba yang mendakwa pesakit mereka sudah SEMBUH SEPENUHnya selepas rawatan yang mereka berikan. Malahan kajian menunjukkan pesakit yang dirawat dengan kaedah alternatif mempunyai kadar penyembuhan dan jangkahayat yang lebih rendah daripada pesakit yang dirawat dengan kaedah rawatan kanser konvensional.

Di samping itu saya dapati ada juga pesakit-pesakit kanser yang sudah menjadi “jurucakap pakar kanser” memberi testimoni menceritakan amalan-amalan mereka termasuk mengambil produk-produk  tertentu untuk kekal bebas daripada kanser sedangkan mereka baru sahaja beberapa bulan selesai menjalani rawatan kanser. Yang untungnya adalah penjual supliment.

Seorang pesakit kanser berbeza dengan pesakit-pesakit yang lain walaupun menghidap kanser yang sama. Dapatkan maklumat daripada pakar kanser yang merawat anda. Saya bimbang jika anda mengelak daripada sesuatu yang tidak perlu dielakkan dan mengamal sesuatu yang boleh memudaratkan.

sumber : Dr Rushdan Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi

Sunday 20 October 2019

Aku dan kanser

5/12/2017 - 5/12/2018 genap setahun selepas oprate buang bende Allah tu kat rectum..Alhamdullillah sentiasa sehat diberi Oleh Allah SWT...
4/12/2017 warded mula la perjalanan..pg tu masuk dengan keadaan yg berbelah bagi..takut..keto..fikiran celaru kejap nak teruskan kejap nak blah dr spital..pengalaman yg x mungkin dilupakan..pg tu sesi bersua muka dgn doktor colorector..gitu gini gitu gini bg penerangan ,biasa la doktor yg sorang ni bg ayat2 dia sarcastic..x pujuk x psyco dia straigt fwd ,buat aku gelisah..jenuh zikir ,solat dhuha ,solat itu ini..mengaji nak tenangkan otak, tp bila teringat kata2 doktor ni..x mau nye tenang..bila dimaklum 50/50 opration utk berstoma seumor hidup atau pun tidak..dtg pulak pakar bius yg sgt2 sedap hati dengo, dia suruh baca surah itu, suruh zikir ini..sampi ku tanya kalau saya x nak buat boleh x, dia dgn suara lembut pujuk zaleha CA ni bkn mcm kencing manis atau drh tinggi makan ubt boleh reduse..CA kena buang cara teknikal nye..lepas tu baru prosedur seterusnya..mati bila2 masa boleh mati jgn kita fikir kerja Allah, skrg kita buat kerja kita, nak baik ngan izin Allah ikhtiar ...panjang lebar gak kene tarbiah bahasa halus.😁😁lepas tu dia pun keluar..menung daku..boleh terima dlm hati, kejap je..lepas tgok muka anak2 ngan laki balik hati dup.dap..mula drama nak balik x nak buat..bagun dari katil nak ikut balik ...kemas semua barang..misi nampak terus belari dua tiga org peluk daku..pujuk nasihat..tenangkan diri ni..lama jugak..so x jadi plak balik..sambil lepa2 tu prosedur utk di oprate ttp juga berjalan ikit je step by step, sambil menung, menangis s.ambil2 biar misi buat koje dia iaitu  buat tagging bhg perut, dimana nak kedudukan stoma dikeluarkan dari perut, dgn bahasa lembut..misi tanya akak kat mana nak letak  stoma nanti nak  kanan ke kiri..aku pun blur  x  kan,an x leh berpikir dgn waras maka jawap spontan kanan lah, sambil senyum, tp senyuman apa pun x tau lah ..maka misi pun buat la kanan..padahal  dia buat2 kedua2 belah tagging 🀣🀣 sbb x tau masa tu bhg mana perlu stoma berada....dah tanda aku senyum je..aku tgok lukis2 kat perut..kelako ada, rasa nak.marah ada,rasa  aku nak lari  balik pun ada, mak aku ada time misi lukis2 tu..mak ckp sabo je byk2..nnt baik la..mak doa kamu ok, sehat boleh buat itu ini..mak slalu doakan kamu..ate sambil dia ckp sambil merambu ayo mate..ateeee...πŸ˜ͺ 

Ptg tu start minum fortrans bancuh 1 jug,aku teguk macam minum air biasa je, habis sejug bancuh lagi sejug...aku rasa sedap plak air ni..laju je minum..misi tanya mana air..aku jawap udah abis..aik..dia.kata lajunya..malam tu start membuang..skali ngan drah sbb mmg berak berdarah pun..sampi la kul 4 pg gitu..kul 6 pg dtg misi .kasi ubt bubuh kat bontot plak..udah laju aku belari masuk toilet..ubt tu warna putih dlm ubtbotol nipis ada nozel dihujung, dia jolok bontot dan tekan ubat tu,ubat  cuci usus juga katanya..kul 8 pagi misi kata tukar baju dah nak tolak ke bilik ot..ate..tetiba aku kelam..xnak pegi..nak balik jugak..kakak aku kata nak balik sagt jom.(sebeno dia gempo je) aku laju je bagun nak balik..berlari lagi misi pegg daku pujuk kali ni siap doktor on call  time tu dtg pujuk aku,aku merayu konon nak tunggu semua family aku dtg dlu😌😌aku tgok laki aku..kakak aku, anak aku siap menangis x tahan tgok aku..sbb aku org nye hepi go lucky..tp kali ni..x berapa nak hepi..last dema tolak juga masuk bilik ot..masa jalan ke bilik ot tu mmg x tau nak ckp apa dah..nangis..nangis..nangis doa mintak ampun bagai semua kluo..yg paling kelako utk kali terakhir mintak semua family masuk bilik ot .kau hagak πŸ˜πŸ˜ mmg dpt la pulak pemintaan aku aku tu ..org lain x pernah diberi masuk..ni 1 family kot..lepas 1/2 jam..pakar bius suruh family kluar...nak operate kul 10..kul 8 dah tolak masuk..mmg rasa nak pengsan...mula pikir mcm mana nak lari dr bilik ot ni.. ting!! Akal sampi..pura nak kencing...ada misi dan sorang lagi org lelaki follow belakang..daku kata x yah ikut saya ok..diorang kata niat nak lari tu kami tau..xde sapa boleh lari..tandas pun xde tingkap..cait!!! Dgn slamber dan cover malu kencing la juga.πŸ˜‚πŸ˜‚
Lepas tu tolak dalm OT time ni drama lagi..x nak baring nak balik juga..jenuh pujuk..siap.panggil doktor wanita pujuk..peluk x lepas..dia nasihat pujuk..sambil tu doktor bius jalan kan tugasnya sambil suruh aku istighfar..ngucap , zikir..lepas tu agaknye dia bg ubat penenang ke apa x tau jugak..elok je aku baring..yg nak kasi oksigen  air siap lap air mata aku dan dia   siap ckp puan ngucap ye..kami doa semua dipermudahkan..aku pun ngangguk je..kami ada yg Islam disini..puan tenang je..sudah aku pun padam..sedo2 dah ada dibilik high risk..mak ada kat seblah..aku terdengar doktor yg bedah ckp ..anak makcik  smangat kuat dan lucky..stoma dia sementara aje..aku dengor sujud syukur wpun aku x leh bagun Alhamdullillah lepas tu positif yg amat daku..x sampi sehari guna morfin..aku x rasa sakit oprate..tp semangat nak baik dan sehat yg tetanam dlm hati..
Panjang nau cerita ye..sebeno pjg lagi ku pendekan sikit πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ moga semua yg membaca ni jgn tiru daku ...Alhamdullillah sejak lepas oprate daku sehat sahaja sampi sekarang, smua plan doktor aku ikut xde yg tertinggal , smua di permudahkan...sbb tanam dlm hati nak sehat..sehat sehat..dan tunaikan apa yg belum tertunai..