Friday 6 December 2019

HIDUP TANPA HEMPEDU

Horassss!

5/12/2019
Bermulalah aku hidup tanpa hempedu..

Selepas subuh daku bertolak ke spital ipoh utk buat oprate buang hempedu..walaupun batu kat dalam tu baru 0.4mm tp disebabkan dah jadi radang hempedu..hati dia kacau..muka naik kuning.mata kuning kencing merah..maka warded 5 hari..so doktor dicide kena buang juga..

Selepas bertolak dari rmh kul 6 pg sampi spital kul 7 pg aku sendiri gi daftar utk masuk daycare..sbb buat oprate cara laparoscopic saja..kaedah tebuk2 .semasa pendaftaran ada kesilapan teknikal penempatan daku lain..so kene tunggu..smentara tunggu..doktor kat daycare sudah memanggil2 nak temuduga.biasa la prosesur nye gitu.nak.set line lagi..nak ambik darah lagi kan..cek tekanan darah lagi..tekanan darah mmg cannot brain 189/80 aje yg gile tinggi nye..agak ya kesana kemari mcm pekerja🤣🤣🤣 set line biasa la..kalau tak 4..5 x bukan aku namanya..konon2 set..boleh pakai kata dema..padahal aku dah agak mmg xleh pakai sbb bila flush air sakit pedih..malas aku nak bertekak..kul 9.00 pg tolak bilik ot..sejuk yg amat..2 lapis slimut, apah x hal..begego katil sejuk..puas buat senaman🤣🤣..Sebelum masuk bilik pembedah diluar diorang nak drip air, maka bermula lah apa yang aku cakap tadi x leh pakai line tu kan, bengkak le..maka kelam kelibut pulak disitu nak set branulla lain k=ditangan,ketuk picit, ikan apa saja dema nak buat kuserahkan ajelah, tp yang menjadi sakit hati bila seorang pakar bius (pada mula aku x tau dia siapa) org nye dah le besar, cara dia mencari line kat tangan aku punya lah kasar, di kepal di tarik diketuk sekuat hati dia je..dia ikat tangan aku ngan glove naik genting tangan, lebam la sampi hari ini, aku kata sakit sangat koje nye tu, dia jawap nak cepat, nak set line tp tangan puan ni urat pun x nampak, nak kasi timbul, daku kata cucuk saya x kesah tapi dah ikat genting sampi darah x jalan sakit doh..dia tengok muka dan tunding jari kat aku ,dia kata kamu nak opration ke tak nak, kalau x nak xpe..apa lagi hangin terus terjah ke mulut daku dan daku ckap dah kenapa ko cakap ghope itu, kamu tau x saya nak oprate ni kali ke enam tau, dah biasa org set2 line, mmg susah 17x pun ada, kalau tiada yg pandai ambik jagan ambik,tolong cari org yang lebih pandai untuk set line saya, hambikkk kau setepek aku bagi.lepas tu dia merengus gi kebelakang ambik apa x tau lah, bebudak yg kerumun aku semua gosok2 aku kata sabar ye puan dia mmg garang, aku tanya nama dia Intan ye, sapa dia tu, diorang cakap dia lah pakar bius😆adeh aku sembur pakar bius rupanya, tapi xpe lantak dia lah, lepas tu dia datang balik terus dia buat juga dan dapat lah akhirnya kali ke 4, selepas tu tolak daku dalam bilik pebedahan, letak aku atas katil yang panas sedap je, wapun ketaran aku begego kesejukan, makcik gemokz tu ttp ikut utk masukan ubat bius bagai, siap mulutnya x berehenti membebel kat aku, suruh dok dendiam, bismillah, ngucapp sedangkan masa tu aku tengah berzikir dan baca ayat2 penenang bagai, dia dok bebel2, cara suruhan dia tu ganaz, brutal macam mengarah2, aku cakp doktor diam kejap boleh x , cacau bacaan saya, terus dia diam kakakakakh ambik ko, lepastu ada doktor satu lagi ambik oksigen suruh sedut dalam2 sambil sigemukz tu bagi tau dah masuk ubat bius, mata aku pejam celik pejam celik terus padam...lebuhhh

dibawah ni sedikit cerita berkenaan selepas dibuang hempedu, aku pun baru nak kaji😆😆

Kenapa perlu buang hempedu?

Tahukah anda punci hempedu adalah antara organ yang kita boleh hidup tanpanya? Pundi hempedu terdedah kepada pembentukan batu karang. Batu karang adalah deposit keras bahan-bahan dalam hempedu yang tersekat di dalam pundi hempedu. Mereka boleh menjadi sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf. penyakit batu hempedu , yang dipanggil cholelithiasis , boleh menyebabkan sakit sekejap-sekejap atau berkekalan dalam abdomen. Batu karang juga boleh menyebabkan jangkitan untuk membentuk, yang boleh menyebabkan kembung , mual , muntah, dan sakit yang keterlaluan. Seorang pakar bedah akan membuang pundi hempedu anda jika batu karang menyebabkan kesakitan dan komplikasi lain.

Bagaimana pula batu karang terjadi dalam hempedu?


Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. 

Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. 

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

 Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Doktor akan mencadangkan untuk membuang hempedu jika hempedu mengakibatkan sebarang masalah di dalam sistem badan atau masalah kronik yang lain.

(AKU BUANG SBB AKU DISERANG DEMAM KUNING DAN SAKIT DIRUSUK KANAN YANG AMAT2 SAKIT JUGA KENCING KALER MERAH PADA BULAN 9 2019 YANG LALU)


Antara simptom-simtom yang menyebabkan hempedu anda perlu dibuang termasuklah:

1) Kesakitan yang teramat sangat antara bahagian atas badan (Bahagian tengah-tengah perut, bahu kanan atau belakang)

2) demam
3) kembung perut
4) kulit berwarna kuning( menunjukkan ada blockage di dalan saluran hempedu 

Kadang-kadang doktor mencadangkan untuk kita tunggu dulu dengan menjaga diet pemakanan. Mana tahu jika dengan mengawal pemakanan, dapat mengurangkan kesakitan simptom hempedu.

Diet Sakit Hempedu/Diet Orang Yang Telah Dibuang Hempedu:

1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

2) Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.



3) Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

4) Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

7) Kurangkan sumber protein haiwansebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Kesimpulannya


Bagaimanakah kehidupan selepas pembedahan hempedu?

Kebiasaannya, orang yang telah buang hempedu akan selalu mengalami buang air besar. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam asid hempedu yang boleh bertindak sebagai julap , walaupun punca sebenar tidak diketahui. Jika tersilap makan sikit sama ada makan makanan yang terlampau pedas, boleh mengakibatkan akan selalu ke toilet.

Doktor juga tidak galakkan makan terlalu banyak semasa kita berbuka puasa kerana dikhuatiri akan mengalami cirit-birit.

(time menulis ni dah 2 hari lepas oprate aku belum membuang lagi, makan banyak dah ni😅 adehhh!!!!!)
Apa kepentingan penghadaman lemak?

Vitamin larut lemak, iaitu vitamin A,D,E dan K sangat memerlukan lemak untuk dihadam. Jadi, jika ada masalah penghadaman lemak, mungkin badan akan kekurangan vitamin-vitamin. Jangan lupa badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri kecuali vitamin D. Vitamin-vitamin ini memainkan peranan penting untuk kesihatan otak, saraf dan juga sistem imun.

Sangat penting untuk badan menyerap lemak-lemak baik bersama dengan vitamin-vitamin ini.


Apa kaitan hempedu dengan penghadaman lemak?

Hempedu berfungsi untuk memecahkan lemak kepada molekul-molekul kecil supaya senang dihadam dan diserap. Bagi orang yang terpaksa dibuang pundi hempedunya kerana apa sahaja penyakit, jangan lah risau ya kerana pundi hempedu berfungsi sebagai beg untuk menyimpan cecair hempedu sahaja, sedangkan penghasilan cecair hempedu berlaku di hati. Jadi, jagalah hati.
Namun hati tidak mengambil bahagian dalam menyimpan cecair hempedu. Masalah yang dihadapi oleh orang yang tiada pundi hempedu ialah hati akan mengambil masa untuk menghasilkan cecair hemepedu, berbanding ready made yang disimpan dalam pundi hempedu. Sebab itulah, penghadaman lemak mungkin terganggu.

Jadi, antara tips yang boleh diamalkan untuk penghadaman lemak yang lebih baik ialah:-

Elakkan lemak tepu dan lemak separa tepu
Anda perlu alert sebelum membeli apa-apa makanan. Kalau ada saturated fat, memang kena tolak tepi lah. Ini kerana makanan ini sukar dihadam dan menyebabkan keradangan.
Elakkan makanan yang mempunyai lemak jenis mono-tak tepu (mono-unsaturated fat). Contohnya minyak zaitun tapi kalau yang extra virgin tu memang bagus. 
Selain itu, omega-3 juga dapat membantu


Banyakkan makanan mentah

 Makanan mentah di sini bermaksud sayur-sayuran mentah dan buah-buahan yang mempunyai lemak yang kurang dan memudahkan penghadaman.





ni aku copy sapa punya entah tapi menafaat lah pada kita semua, moga pahala kepada yang empunya blog ni..


 Selepas op
 Sepatut op pagi ptg dah balik tp diorang kata daku komplen sakit selepas buka mata, aku rasa aku x ckp pun aku sakit, diorang tolak aku ke wad utk pantauan
 Sementara tunggu isyak makan biskut lapo plak lepas op🤣🤣
Sarapan pagi ,wow nasi lemak korang bagi, 😝

Ini lah bende yg dibuang,.manakala hempedu diorang ambik utk kajian, biasalah kan

No comments:

Post a Comment