Tuesday 12 March 2019

DUGAAN 2014




HORAS!!!

04/10/2014 kereta yang dibooking pun sampi ke tangan tuan dia, tu pun sbb dah byk kali call x sampi2, kiranya kami org pertama kat taman perumahan ni guna axia advance ni, walaupun no plate dia kendian, tapi pada saat ni aku dah sakit perut yg berpanjangan,dek sbb ada kereta baru, ptg tu juga aku meronda taman dan pekan  sambil menahan sakit kekekeke….


sebelum ni dia pakai kelisa tp, duit repare lebih parah maka entah mcm mana jumpa ejen produa, trade in kereta kelisa masa tu dpt harga 11k +++  kalau x silap aku beli harga tu 2 tahun sblum tu jual pun ngan harga yg sama, kira bebabaloi lah kan...


sakit perut menjadi lagi, lepas siap memasak rendang dan pulut utk bekalan di sana,(masa tu kami sekeluarga gile2 bila tiba  raya haji nak gi beraya tempat org erti kata negeri org) sebelum bertolak ke CH singgah klinik dlu , takut jugak time cuti kalau sakit melarat , time  cuti2 raya klinik pun x bukak kan, so sampi klinik kul 12.45 th, dah cek bagai sekali doctor bagi surat rujuk ke hospital suspek apendik, fuhhh!! 



sebelum ke spital aku gi ke Ipoh dulu rmah kakak utk past anak bongsu aku dan barang2 yg aku masak,biar dema pegi dlu ke CH, sbb aku dah book aparment kat sana selama 2 hari ,selepas tu aku ke Pantai Puteri bersama ngan Tok Laki aku lerr, sampai wad kecemasan   doctor on call check aku, bom bam bom bam dia kata suspek apendik tp x mcm apendik sebb tengok darah ok, x demam, sehat jer, cuma aku ceret beret je, tp ceret beret ku semaciammm kaler putih  and then dia suruh tunggu doctor pakar dtg utk periksa pulak, masa tu dema suruh aku makan ubat tahan sakit, aku kata aku berpuasa  nak tunggu time  berbuka baru makan ,maklum dah hari kesepuluh syg le, sekali Doktor tu tanya kat staff dia, kenapa korang x puasa macam kakak ni, korang bukan Islam ke.. 😆 setepek  dia bg, yakin nye kamuu hahahahaha, so aku ckp la ni puasa sunat , sapa nak pahala buat la, kalau x buat pun x berdosa, so dia sound anak buah dia pulak, so korang dah baanyak pahala ka.. aku gelak je la...so dia orang injek aku ubat tahan sakit la. Kul 5 mcm tu Doktor pakar dtg periksa dan disahkan aku mmg apendik, dia order supaya aku di  operate serta merta, berkebetulan dia dpt tahu aku berpuasa kul 7 aku kena masuk OT..sedo2 dah kul 4 pagi hahahahah..x Nampak muka tok laki x Nampak muka anak dara aku, dema balik tido kat rmh kakak.
keesokan dlm kul 8.30 pg doctor dtg melawat aku, time tu aku mintak kluar dari wad, sbb aku kata nak pegi ke CH, aku dah sehat siap aku joget2 depan Doktor, 😆😆, Doktor  berat nak lepaskan sbb baru oprate tp kurayu sampi boleh, akhirnya 😅dia bagi yahoooooo.., terus kemas brg dan tgh hari tu check out terus nak check in plak ke CH tp pesanan Doktor memacam dia bagi, jgn lompat, jgn bergerak sakan, jgn bawak kereta laju...bla bla bla bla… 
 seblum kluo dan la dema makan lemang ngan rendang dlu sbb dah Hari Raya Idil Adha kan, beraya le kat spital kejap😂😂

dah sampi Cameron Highland ada mcm org sakit ke???



Alhamdullillah Allah bgi kekuatan pada aku tiada dlm keadaan sakit, sengal2 sesikit tu biasa le

 x berapa lama selepas peristiwa kat atas  dalam tahun yang sama sibongsu aku plak demam teruk,selesema dan batuk suspek Influaenza  A, terpaksa aku bercuti, lama juga 7 hari di Hospital KPJ

tina ngan dear nye berpisah tiada kemana saja dihangkut skali, ke sekolah pun dia hangkut, nasib la skolah swasta ada ampun maaf tp rentap masuk dlm kereta sblum masuk kelas..ngeh ngeh ngeh

 
ubat yg wajib dia makan selama dia berada di hospital KPJ begitu juga ngan Neb, pg ptg kene fisio utk buang kahak dia, suspek Influenza tp dia sebenarnya bukan yg itu , dia penghidap  "mycoplasma pneumonia" sedap beno namanye ye.. nnti aku ceritakan apa itu mycoplasma pneumonia ni di entri yg lain..

tahun yang sama juga, kakak pulak warded,  di hospital ampuan apa ntah lupa dah aku,kerana apendik juga, maka berkampung plak situ selama seminggu, sbb spital tu terlalu ramai patien, dah teruk mcm tu pun kene tunggu giliran, sehingga aku hilang sabar, bila Doktor beritahu oprate anak aku ditunda dari pagi ketgh hari, tak jadi tgh hari petang pulak katanya, x jadi ptg malam pulak, sudah sampi 3 hari dok alasan yg sama, so tahap kesabaran keibuan singa aku pun menyirap le ngeh ngeh ngeh bila tiba2 dia ckp xpe la ibu balik dlu anak ni kami pantau dari masa kesemasa, so hampa hagak sampi bila, tetiba aku naik hangin cekak baju doctor itu, dan kata sampi bila nak biar anak saya menderita sakit mcm tu, suruh puasa berhari2, drip x masuk antibiotic cabut, laki aku pun sekali beritahu u tau x sedara saya 2 org apendik tunggu2 mcm ni pecah dalam perut mati,maka terkulat2 Doktor tu, terus arahkan anak aku masuk bilik OT serta merta...hahahaha..guane tu..maka ada lah sedikit kelam kabut antara doktor2 yg lain, waktu tu org lain ptt masuk bilik Ot tp ganti ngan anak aku..ada aku kesah...kalu disini korang rasa macam aku penting diri sendiri, tp kalau korang ada dalam situasi aku..mmg hilang sabar…sampai ada tahap nye aku mintak anak aku discharge nak anto ank aku ke spital lain, x bagi di doctor..kalau x serius pasti dia bagi…

           ni pun sama bantal paling buruk dan busuk itu le dihangkut kesana kemari, sakit hati aku tengok


begitu lah rentetan pada tahun 2014, semua itu dugaan yg tidak disangka2 Apa2 pun Alhamdullillah Allah bagi aku kuat dan berlapang dada dgn dugaanye..




Friday 8 March 2019

PENGENALAN PART 2




HORAS !!!

SELAMAT MALAM

Hahahah x sangka tertinggal lagi utk dipekenalkan, yg ni tok laki syaza husna anak aku dah dekat setahun dah berkahwin nama glamor esye..nama panjang Badrul hisham, kerja kat ganu sana asal Kelantan, sejak berkahwin baru sekali balik kerumah ni, memandangkan bz dia kerja kalah Menteri PH hahahahahah...waktu dan ketika ni laa..x tahu kehadapan plak bantainya dia balik tiap minggu naya le aku kekekekek, dioarang ni x tau aku apa kes, jumpa mana pun x tau, sbb aku ni bukan bekesah sangat hal anak2, dema suka lantak lah asal bkn penyanggak aku ok jer..sama belajar kat UITM arau katanya,ambik memasing bidang yg sama IB tp kerja lain bidang peginya, gasak lah kau naaaaak... asal koje yg  bebaik dan diberkati Allah SWT


 time penikahan dema pada bulan mac 2018 time ni aku ntah kemana2 alam duduk, xde seketuipun gambar aku di atas pelamin Bersama dema huhuhhuhuuhu




 dayang-dayang senandung intan terpilih semua ada belaka time ni




 hafal masing2 punya skrip lepas tu sain watikah  kekekekek





Bersama ahli keluarga  tapi aku dimana masa ini ye?????

Thursday 7 March 2019

DISC PROLAPSE



HORASSSS!!!





Kali ni aku nak menceritakn pasai lumbar spine, korang kalu baca blog aku banyak bekisarkan tentang penyakit, bukan apa semua aku cerita berdasarkan pengalaman aku sebnar, bukan pada org lain tp pada diri aku, akan ku ceritakn satu persatu pasai penyakit, walaupun tunggang langgang, x kesah asal tercoret dan teringat kat kepala aku heheheheh….

aku ni org nya lasak tp tidak istiqomah, aku suka berbasikal, panjat bukit, riadah sana sini bagai, , aku suka main netball, boling satnika apa sukan aku balun, semua aku minat.begitu juga kalau kerja rmah aku suka ubah  kedudukan barang dlm rumah , x kesah barang berat ke, ringan ke asal aku boleh Tarik dan angkat aku redah je.
Orang luar tengok aku seorang yg hepi kuat mcm badang, ligat macam gasing, kesana kemari kesinun hahahahahah..kadang aku sendiri x tau mana ghope aku buat keje..

So nak dijadikan cerita tahun 2015 aku  mengangkat beberapa pasu diluar, konon nak buat taman cantik, dah tau dan beringat kena angkat berhati2 kalau x patah pinggang, mmg aku berhati2 bebeno time tu, cantik la ubah sana sini, kemas taman aku, tp nak malang aku hanya pusing pasu ngan kedudukan membongkok  sikit je, konon nak alih sikit, skali kat  pinggang bunyi "pop", rasa nak patah, bergerak x leh, nak menapeh x boleh, nak solat x leh macam sangkut napeh aku, tp aku gagah jugak gi klinik, kene enjek seliang ok, lepas kene enjek terus gi shooping barang dapur , gi masak bagai pom pam pom pam kat dapur hahahaha, malam aku x leh tido ,sakit sangat mengiring x leh , menelentang x boleh so mintak tok laki   hanto ke spital pantai le... sampi sana jumpa doctor pakar Dr Ruslan nama dia, so suspek lumbar cedera, so hanya rawatan fisio dia bagi, letak pad panas, lepas tu letak ultra sound apa benda ntah panas je rasa kat belakang aku, kendian eksesais, duduk aku kat  spital tu semata2 rehat dan fisio, hilang la sakitnya, diwarning doctor jgn dok buat koje berat2 lagi…
so balik selesai disitu.(aku dah buat ct scan bagai dah time tu suspek lumbar spine je la)


Pada MAc 2017 sekali lagi aku diserang sakit pinggang , masa tu aku tengah menyapu dlm rumah, tiba2  rasa bende menyucuk kat pinggang, yaaa ampunnn sakit nye tuhan je tahu, x dpt nak kabo mana rasa sakit tu, bongkok x leh , tegak x leh, menangis aku merangkak mintak tok laki bawak terus ke spital hahahahaha, maka bertemu kembali daku dengan Dr Ruslan, tapi sehari je, esoknya berjumpa ngan Dr Yeak sbb Dr Ruslan 'EL' ibunya meninggal dunia di Kelantan (Alfatihah), Aku diarahkan untuk membuat MRI pemeriksaan teperinci memandangkan sakit berulang.( anak panah tu menunjukan tanda hitam2 x cantik)


Pengalaman membuat MRI org ckp menakutkan.. memang ye seram ya amat bila mana kita dimemasuki terowong menutupi seluruh badan hanya kaki jer terkeluar, masa tu aku mula membayangkan cerita Ju -On,ju -on akan Tarik kaki  hahahah,sebab bila masuk terowong tu hanya muat2 badan je, x leh pusing kemana2..lemas giler kot...Masa kat dalam tu kita dipasangkan headphone utk mendengar arahan , tidak boleh begerak sedikit pun, sebelum arahan dibuat diorang pasang lagu siti nurhaliza berdendang, aku request, xde ke surah2 yg best atau rukyah, gelak Budak tu kekekkeke, dia jawap xde lagi kak,akak punya request Islamic sangat nnt kami buat, betul jugak utk org islam katanya, maka aku dengar le lagu siti tu berterusan sambil menatang alah tu tum tam tum tam , mcm2 bunyi ada bila dia nak slice pic satu persatu ttg tulang aku,bunyi kapal korek, bunyi besi kimpalan fuh!! dasyat gile, suara siti pun x berapa nak dengo,sekali aku tebersin Hahahahahaha, mengamuk Budak tu,, akakkkkkkk.. apa ni, kene buat lain kan dah buang masa, sayang je, aku jwp dlm tu mana nak buatnya dalam terowong ada habuk, hahahahah , buat skali lagi proses tu selama 45 minit ..ko hagak….setelah selesai lega yg amat, dan  hasilnya aku didignose Disc Prolapse L4-L5 ,L5-S1  hahahaha  padan muka daku kan..ligat sangat.
I
 setelah 5 hari tinggal kat hospital buat fisio pun x jadi apa, maka doctor menasihati aku agar buat laser untuk mengecutkan sedikit tulang apa ntah..aku pun x berapa nak paham juga,pada mula mmg takut la sbb nak operate kan, almaklum lah pada 2016 aku operate apendik, rasa rimas plak asyik nak di belah saje badan aku, tp atas nasihat yg bernas lagi memuaskan aku pun buat juga laser , tanpa ditemani sanak saudara dan keluarga tercinta, pagi tu aku tandatangan sendiri surat kebenaran utk operation,  aku ditolak ke bilik ot dengan sendirian berhad hahahaaha,, brutal x aku..tp mujur x lama dalam 45 minit gitu juga laser tu, sedar2 x rasa apa pun, macam x buat apa2 pun, cuma dlm bilik ot aku sedar dia orang suruh menerap, sapu antisaptik kat belakang, kasi aku olksigen, bius suruh kira siap aku kira dan angkat kaki tanda aku sedar hahahahah, diorang pun ketawa reramai ingat dah pengsan, lepas tu dia orang kasi pengsan la, sedar2 dah masuk bilik menunggu sementara nak masuk wad


selepas sedar dari operation, boleh senyummm lagi ..amacam mmg x sakit pun.. rasa diberi tido  je…



ni kawan sebilik aku, dia pun dah pernah buat laser disc, dia byk bagi semangat kat aku, nama dia Roslina mengajar belah2 Kuala Kangsar sana, sampai sekarang masih berhubung dengan beliau …


selepas laser kita diberi sesi fisioterapi  selama 3 hari dah selamat semua tu, aku diberi pulang yahoooooo, sehingga sekarang Alhamdullilah sakit pinggang daku x pernah menyerang , boleh bekerja mcm biasa selepas 1 bulan MC, dlm masa sebulan kita sambung fisio di hospital kerajaan selama 6 bln lagi dan memakai bengkung khas, nak lagi cantik doctor kata kena buat sesi berenang, otot dibahagian pinggang membina kembali

sekian…

07/03/09 (coretan)
aku bg bebrapa link dibawah ini sebagai rujukan
http://mediabawahtanah.com/2013/06/sakit-tulang-pinggang-tanda-slipped-disc/
https://www.azeniahmad.com/masalah-slipped-disk-berpunca-sakit-belakang/
http://norsurianaabdulrahman.blogspot.com/2013/01/apa-itu-slip-disc-dan-kaedah-rawatannya.html



Saturday 2 March 2019

KURSUS PASTRI




HORASS!!

hari ni aku gi kursus buat pastry, saja lah buat sambil membawang, sambil merewang sambil dapat hasil dan berukhwah sesama jiran tetangga, x buat gini mmg xde le nak bermesra ngan org2 setaman, memandangkan dema semuanya bekerjaya, kluar pagi balik petang, mcm guru2 ada yg balik awai dr waktu pej biasa, ate bila dah masuk rumah jgn harap lah nak keluar pulak kan, tambah musim panas lit lit ni…

ni group kami, ada 4 group semua, aku menjemput guru dari kolej komuniti pasir salak, mmg jauh lah cikgu tu dtg..tapi cikgu bujang, senang lah diajak berunding, cari gak guru2 yg lain ,ade je alasan diberi, lantak korang lah nak beralasan, janji aku dapat apa yg aku berhajat utk org setaman yg nak aktiviti, so aku sebagai  kak long kawasan, kita buat apa yg mampu hasil dari idea diorang jugak, nak itu dan ini, maka aku cari lah dan cuba ikut kehendak dema..yg aktiviti Zumba dah berjalan 3 minggu dah, ok lah sambutan setakat ni.. diorang mintak buat tempat tertutup maka kami sewa kan dewan , masa tahun sebelum2 kami buat kat padang kekanak kat taman ni je, ada lah yg ckp x leh join sebb open, malu bagai, sebeno nak sehat buang sifat malu,baru betui, sambil riadah boleh tgok inviromen yg menarik , ditiup dengan angin sepoi2 pagi….

ok lah biar la dema begitu, x dapek den nak nolong lebih2, mana yg mampu aje la...yg cakap2 buat tempat tertutup malu bagai tu, x nampak pun btg hidung, tipikal malay alasan terlampau banyak. 

taraaaaaaa …...
Ok ini hasil kami dapat, sedap menarik tertarik boleh lah  buat sendiri lepas ni ,ni sebagai asas utk kulit tart dan puff serta éclair, sapa anak ramai elok la buat sendiri, macam aku elok aku beli lagi kalau aku teringin nak makan ..hahahah sebab aku sorang je yg minat nak makan, anak aku ngan tok laki aku depa ambik bau je, x berminat..

lepas ni aku kena mencari guru lain plak utk kursus yg lain, bio tiap bulan buat kursus x ape, asal aktiviti berjalan terus...ok nnt kita sambung lagi…
adios amigos...

11.05 malam