Tuesday 9 April 2019

CORAT CORET KEHILANGAN

HORASSS!!





lama sudah aku x berceloteh kat ruangan aku ni, bukan apa tiba aku bz ngan keje rmh..maka timbul la M beso dlm diri nak menulis, lagi pun aku bukan penulis yg baik, aku bukan reti nak bermukadimah seperti penulis2 yg lain, bakat pun xde, minat pun hangat taik ayam je..taik ayam pun lama lagi rasanya hangat..😝kena plak bila terusik setting dlm ni, aku pun ngelabah x reti nak pebetuikan,maklum lah aku ni newbie dlm blog memblog ni.. sementara aku tengah cuti panjang ni, saja la aku buat, utk tatapan keluarga aku suatu hari nanti InsyaAllah, kalau lah dema tau blog aku ni ujud..😍  
Aku terajin nak menulis berkenaan ngan kehilangan si acap a.k.a Mohammad Ashraf Hassan pada 29 mac 2019 yang lalu, ini hamper dua minggu dia hilang, beliau menyertai larian Gopeng Ultra Trail Di Gua Tempurung, Perak. Macam 2 cara dah dibuat untuk mengesan dimana beliau berada , tetapi setakat ini semasa aku menulis ni belum lagi ternampak kelibat atau tubuh badanya.
 

macam2 lah netizen yang x bertauliah mula menggunakan hujung jari mengata itu dan ini  Ada yg  mengaitkan dengan unsur mistik seperti alam bunian. Pengamal-pengamal perubatan alternatif juga turut membantu dalam operasi pencarian Acap dan memberitahu bahawa berkemungkinan mangsa disembunyikan ke alam lain, maybe yes maybe not, sbb kita x tahu situasi dia ketika ini, harap yang baik2 ajelah berlaku pada dia.


                                    contoh kebun
Disini aku nak cerita lah sikit, ini pun diceritakan oleh tok laki aku masa aku mula2 kawin dlu. Allahyarham Mak mertua dan pak mertua aku ni org kg, dema ni ada tanah kebun, dalam bahasa perak kedarat kebaruh kehulu kehilir kebun dema ada, aku pun sejak kawin sampi la ni x tau sangat pasai tanah2 dema ni, Aku tau uruskan tukar nama je selepas dema meninggal😁.Diceritakan dan pahaman aku le, setiap pagi deme ni ke kebun uruskan tanam pokok2 buah , kira macam dusun lah, ada rambutan, manggis, durian, pisang satnike bende lah dema tanam kat kebun tu pergi pagi, balik tengah hari lepas masak makan dan solat , petang pegi pulak, kebun dema ni betul2 tepi sungai, mmg cantik la masa aku tengok selepas kawin .kadang2 dema pegi dua laki bini , kadang2 mak mertua aku je pegi sorang, kadang balik tengah hari kadang tidak.
Pada hari kejadian mak mertua aku ni gi kebun dia  macam biasa,tetapi tengah hari x balik, kira ok lah kot , maybe dia ada bawak bekal, sbb dari rmh kekebun pun bukan jauh sangat x sampi 1km pun dalam 500 meter gitu, kalau jerit pun dengar, tapi sampi petang x balik2 biasa sbelum asar dah balik, pak mertua x sedap hati kemana pegi nye x balik2, maka dia pun pegi balik kekebun berkenaan mencari, tapi x jumpa, sampi esok sampi lusa x jumpa.Xtau le apa ikhtiar pak mertua aku buat solat hajat bagai la kot selepas 2 hari baru jumpa, tu pun kat tempat biasa dia rehat , tempat yg dia landing tu dah mmg lenjan ngan tapak kaki org kg mencari sebelum2 tu, tapi sapa sorang pun x nampak. disitu nampak tak kepelikan, misteri dia bagaimana,so macam kes Acap tu maybe begitu, dia ada je disitu tapi xde sapa yg nampak, hijab semua manusia biasa tertutup sehingga rasa nak dilepaskan baru "mereka" lepaskan.Nak percaya x percaya terpulang lah kan, tapi itu lah terjadi, Aku doakan Si Acap tu akan kembali kedunia nyata dengan berkat doa orang tuanya InsyaAllah.