Saturday 7 December 2019

CKD STAGE 4

Horass!!

...sambungan😂

Pada hari selasa 22/10/2019 pg tu bwk tok laki skali lagi ke spital kali ni jumpa pakar, memandangkan prosedur ambik drh dan result dlm 1 ke 1 1/2 jam, aku ambik kesempatan la nak jumpa doktor juga tp bahagian lain, aku demam dah 3 hari start sabtu, sementara tunggu giliran memasing pegi makan dlu..kira cepat juga lah aku dpt jumpa doktor, cuma nya doktor suruh aku hantar sample darah kemakmal, risau kot demam lain..kena tunggu plak dalam 1  jam lagi utk result darah, sementara tu dok tinjau tok laki,giliran dia kat pakar belum panggil lagi..lepas 2 jam aku x dipanggil lagi..aik lama beno plak kan..terus tanya misi situ result darah x kluo ke lagi.dia kata belum,daku jwp lebih 2 jam dah ni, elok kejap doktor pun panggil dan ckp ada demam biasa saja kalau x kebah dalam 3 hari dtg balik,sbb kalau org ada kanser ni kena pantau bebeno katanya..ok la sampi dah ambik ubt bagai ,terus pegi kat tok laki dia xsiap lagi, so doktor terangkan plak dia kena tukar ubat darah tinggi,potasium dia reduse sikit sangat x mencapai tahap, doktor kata ubat darah tinggi tu yg sebabkan potasium tinggi..maka dia tukar dan dan bagi dose yg berlainan..maka setel bhg tok laki dan dpt tarikh akn dtg pada 10/12/2019 maka kmi pun balik lah..
Esoknya bermuka tok laki makn ubt yg baru..pg tu mcm biasa nakan ,insulin dan telan ubt baru dose yg baru..tgh hari tu bermula lah tekanan darah merudum, gout sekali, x leh bangun bagai..cek drh drop , sblah malam aku skip utk ubt dia takut bertambah parah, esok nye plak nak bertolak ke kl,sbb anak nak buat kenduri doa selamat, aku dah berkira2 x mau pegi, tp kesian plak..sudahnya gamble je dekat maghrib aku bertolak ke kl..sampi sana tok laki berambah x sehat, dmm bagai ,bangun x larat makan x mau..ajak pegi klinik sbb gout dia bertambah teruk esoknye tu..cucuk seliang x mau hilang,doktor pun x dpt nak bg ubt yg kuat sbb msalah buah pinggang dia..lepas kluo klinik tu aku ngan ank gi farmasi cari kerusi roda..mudah nak hangkut dia kemana2..terbang la duit pg tu..tiada kesudahan hari sabtu kenduri dia bertambah teruk..demam menggigil mcm kene kepialu..ajak ke spital x mau..esok pagi ahad baru dia nak pegi..sampi la spital sg buloh..sama jugak lah solution dia x leh kasi ubt yg kuat memandangkan faktor umor dan CKD tadi ni...sehingga skrng dia on off gout dan demam, tgok plak aoa kata doktor pada 10/12 ni samada nak teruskan dialisis atau tidak☺️

Kita tungguuuuu




Friday 6 December 2019

HIDUP TANPA HEMPEDU

Horassss!

5/12/2019
Bermulalah aku hidup tanpa hempedu..

Selepas subuh daku bertolak ke spital ipoh utk buat oprate buang hempedu..walaupun batu kat dalam tu baru 0.4mm tp disebabkan dah jadi radang hempedu..hati dia kacau..muka naik kuning.mata kuning kencing merah..maka warded 5 hari..so doktor dicide kena buang juga..

Selepas bertolak dari rmh kul 6 pg sampi spital kul 7 pg aku sendiri gi daftar utk masuk daycare..sbb buat oprate cara laparoscopic saja..kaedah tebuk2 .semasa pendaftaran ada kesilapan teknikal penempatan daku lain..so kene tunggu..smentara tunggu..doktor kat daycare sudah memanggil2 nak temuduga.biasa la prosesur nye gitu.nak.set line lagi..nak ambik darah lagi kan..cek tekanan darah lagi..tekanan darah mmg cannot brain 189/80 aje yg gile tinggi nye..agak ya kesana kemari mcm pekerja🤣🤣🤣 set line biasa la..kalau tak 4..5 x bukan aku namanya..konon2 set..boleh pakai kata dema..padahal aku dah agak mmg xleh pakai sbb bila flush air sakit pedih..malas aku nak bertekak..kul 9.00 pg tolak bilik ot..sejuk yg amat..2 lapis slimut, apah x hal..begego katil sejuk..puas buat senaman🤣🤣..Sebelum masuk bilik pembedah diluar diorang nak drip air, maka bermula lah apa yang aku cakap tadi x leh pakai line tu kan, bengkak le..maka kelam kelibut pulak disitu nak set branulla lain k=ditangan,ketuk picit, ikan apa saja dema nak buat kuserahkan ajelah, tp yang menjadi sakit hati bila seorang pakar bius (pada mula aku x tau dia siapa) org nye dah le besar, cara dia mencari line kat tangan aku punya lah kasar, di kepal di tarik diketuk sekuat hati dia je..dia ikat tangan aku ngan glove naik genting tangan, lebam la sampi hari ini, aku kata sakit sangat koje nye tu, dia jawap nak cepat, nak set line tp tangan puan ni urat pun x nampak, nak kasi timbul, daku kata cucuk saya x kesah tapi dah ikat genting sampi darah x jalan sakit doh..dia tengok muka dan tunding jari kat aku ,dia kata kamu nak opration ke tak nak, kalau x nak xpe..apa lagi hangin terus terjah ke mulut daku dan daku ckap dah kenapa ko cakap ghope itu, kamu tau x saya nak oprate ni kali ke enam tau, dah biasa org set2 line, mmg susah 17x pun ada, kalau tiada yg pandai ambik jagan ambik,tolong cari org yang lebih pandai untuk set line saya, hambikkk kau setepek aku bagi.lepas tu dia merengus gi kebelakang ambik apa x tau lah, bebudak yg kerumun aku semua gosok2 aku kata sabar ye puan dia mmg garang, aku tanya nama dia Intan ye, sapa dia tu, diorang cakap dia lah pakar bius😆adeh aku sembur pakar bius rupanya, tapi xpe lantak dia lah, lepas tu dia datang balik terus dia buat juga dan dapat lah akhirnya kali ke 4, selepas tu tolak daku dalam bilik pebedahan, letak aku atas katil yang panas sedap je, wapun ketaran aku begego kesejukan, makcik gemokz tu ttp ikut utk masukan ubat bius bagai, siap mulutnya x berehenti membebel kat aku, suruh dok dendiam, bismillah, ngucapp sedangkan masa tu aku tengah berzikir dan baca ayat2 penenang bagai, dia dok bebel2, cara suruhan dia tu ganaz, brutal macam mengarah2, aku cakp doktor diam kejap boleh x , cacau bacaan saya, terus dia diam kakakakakh ambik ko, lepastu ada doktor satu lagi ambik oksigen suruh sedut dalam2 sambil sigemukz tu bagi tau dah masuk ubat bius, mata aku pejam celik pejam celik terus padam...lebuhhh

dibawah ni sedikit cerita berkenaan selepas dibuang hempedu, aku pun baru nak kaji😆😆

Kenapa perlu buang hempedu?

Tahukah anda punci hempedu adalah antara organ yang kita boleh hidup tanpanya? Pundi hempedu terdedah kepada pembentukan batu karang. Batu karang adalah deposit keras bahan-bahan dalam hempedu yang tersekat di dalam pundi hempedu. Mereka boleh menjadi sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf. penyakit batu hempedu , yang dipanggil cholelithiasis , boleh menyebabkan sakit sekejap-sekejap atau berkekalan dalam abdomen. Batu karang juga boleh menyebabkan jangkitan untuk membentuk, yang boleh menyebabkan kembung , mual , muntah, dan sakit yang keterlaluan. Seorang pakar bedah akan membuang pundi hempedu anda jika batu karang menyebabkan kesakitan dan komplikasi lain.

Bagaimana pula batu karang terjadi dalam hempedu?


Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. 

Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. 

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

 Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Doktor akan mencadangkan untuk membuang hempedu jika hempedu mengakibatkan sebarang masalah di dalam sistem badan atau masalah kronik yang lain.

(AKU BUANG SBB AKU DISERANG DEMAM KUNING DAN SAKIT DIRUSUK KANAN YANG AMAT2 SAKIT JUGA KENCING KALER MERAH PADA BULAN 9 2019 YANG LALU)


Antara simptom-simtom yang menyebabkan hempedu anda perlu dibuang termasuklah:

1) Kesakitan yang teramat sangat antara bahagian atas badan (Bahagian tengah-tengah perut, bahu kanan atau belakang)

2) demam
3) kembung perut
4) kulit berwarna kuning( menunjukkan ada blockage di dalan saluran hempedu 

Kadang-kadang doktor mencadangkan untuk kita tunggu dulu dengan menjaga diet pemakanan. Mana tahu jika dengan mengawal pemakanan, dapat mengurangkan kesakitan simptom hempedu.

Diet Sakit Hempedu/Diet Orang Yang Telah Dibuang Hempedu:

1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

2) Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.



3) Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

4) Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

7) Kurangkan sumber protein haiwansebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Kesimpulannya


Bagaimanakah kehidupan selepas pembedahan hempedu?

Kebiasaannya, orang yang telah buang hempedu akan selalu mengalami buang air besar. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam asid hempedu yang boleh bertindak sebagai julap , walaupun punca sebenar tidak diketahui. Jika tersilap makan sikit sama ada makan makanan yang terlampau pedas, boleh mengakibatkan akan selalu ke toilet.

Doktor juga tidak galakkan makan terlalu banyak semasa kita berbuka puasa kerana dikhuatiri akan mengalami cirit-birit.

(time menulis ni dah 2 hari lepas oprate aku belum membuang lagi, makan banyak dah ni😅 adehhh!!!!!)
Apa kepentingan penghadaman lemak?

Vitamin larut lemak, iaitu vitamin A,D,E dan K sangat memerlukan lemak untuk dihadam. Jadi, jika ada masalah penghadaman lemak, mungkin badan akan kekurangan vitamin-vitamin. Jangan lupa badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri kecuali vitamin D. Vitamin-vitamin ini memainkan peranan penting untuk kesihatan otak, saraf dan juga sistem imun.

Sangat penting untuk badan menyerap lemak-lemak baik bersama dengan vitamin-vitamin ini.


Apa kaitan hempedu dengan penghadaman lemak?

Hempedu berfungsi untuk memecahkan lemak kepada molekul-molekul kecil supaya senang dihadam dan diserap. Bagi orang yang terpaksa dibuang pundi hempedunya kerana apa sahaja penyakit, jangan lah risau ya kerana pundi hempedu berfungsi sebagai beg untuk menyimpan cecair hempedu sahaja, sedangkan penghasilan cecair hempedu berlaku di hati. Jadi, jagalah hati.
Namun hati tidak mengambil bahagian dalam menyimpan cecair hempedu. Masalah yang dihadapi oleh orang yang tiada pundi hempedu ialah hati akan mengambil masa untuk menghasilkan cecair hemepedu, berbanding ready made yang disimpan dalam pundi hempedu. Sebab itulah, penghadaman lemak mungkin terganggu.

Jadi, antara tips yang boleh diamalkan untuk penghadaman lemak yang lebih baik ialah:-

Elakkan lemak tepu dan lemak separa tepu
Anda perlu alert sebelum membeli apa-apa makanan. Kalau ada saturated fat, memang kena tolak tepi lah. Ini kerana makanan ini sukar dihadam dan menyebabkan keradangan.
Elakkan makanan yang mempunyai lemak jenis mono-tak tepu (mono-unsaturated fat). Contohnya minyak zaitun tapi kalau yang extra virgin tu memang bagus. 
Selain itu, omega-3 juga dapat membantu


Banyakkan makanan mentah

 Makanan mentah di sini bermaksud sayur-sayuran mentah dan buah-buahan yang mempunyai lemak yang kurang dan memudahkan penghadaman.





ni aku copy sapa punya entah tapi menafaat lah pada kita semua, moga pahala kepada yang empunya blog ni..


 Selepas op
 Sepatut op pagi ptg dah balik tp diorang kata daku komplen sakit selepas buka mata, aku rasa aku x ckp pun aku sakit, diorang tolak aku ke wad utk pantauan
 Sementara tunggu isyak makan biskut lapo plak lepas op🤣🤣
Sarapan pagi ,wow nasi lemak korang bagi, 😝

Ini lah bende yg dibuang,.manakala hempedu diorang ambik utk kajian, biasalah kan

Saturday 2 November 2019

Doktor

Horras!!

Entry kali ni mengesahkan Doktor pulak, x tau nak discribe doktor ni jenis yg macam mana..so korang baca la dgn intonasi korang sendiri🤭

Pada 15/10/2019 aku bwk tok laki daku ke spital daerah sini, spital tempat aku duduk skrang HDCM, utk mereka ambik specimen darah dia..pg2 dah serah diri..sekarang dah bersistem lah sket..nak ambik darah ada bilik khas x bercampur ngan patien lain ,so laju..selepas ambik kami pun balik..sbb khas hari tu semata2 beri darah je..dah sampai rmh dah mengemas, memasak dan buat apa yg perlu buat la,al  maklum,aku masih menjadi suri  rumahtangga sepenuh masa,masa aku byk utk hal2 rmh...

Dalam kul 11.45pg dpt panggilan dari spital, diaorang suruh dtg balik ke spital sbb spcimen drh ambik pg tadi x cantik..potasium tinggi 6.3 bacaan dia..so diaorang suruh ambik laporan tu dari klinik pakar..time tu aku tgok jam ok lagi, nak ambik ank skolah lambat lagi..so aku bwk balik tok laki ke spital berkenaan, jarak dr  rmh dlam 20 minit je..sampi je sana..klinik pakar kata kene gi jumpa doktor jugak, apa perlu buat..time tu doktor pakar xde so jumpa doktor biasa...
Lepastu aku pun bwk tok laki daku ke bilik doktor berkenaan..time tu dah kul 12.20 mcm tu,patien lain masih ramai, tp kami dpt masuk dlu ,kire mcm kes urgent..

Di spital tu ada bilik2 utk jumpa doktor, tok laki dpt bilik no 2..so masuk la jumpa doktor lelaki, masuk2 je terus doktor tu sound..potasium tinggi..buah pinggang rosak teruk,u tolak buat dialisis ke, saya suruh buat kenapa mau tangguh2..time tu aku yg dengo naik menyirap..tp ku tahan getaran didada😡, aku ckp doktor kami dtg sini di call oleh pihak spital..diorang ckp result darah x bagus apa solution perlu buat skrg, memandangkan kaki dia pun bengkak sbb gout..dia jwp gout ni pun sbb buah pinggang rosak terok, xleh makan ubat , xleh buat apa melainkan dialisis..aku ckp dlu dia pernah skali potasium tinggi x boleh ke reduse ngan kalimate yg makan utk beberapa hari tu..dia ttp jugak bekeras x boleh, xboleh..pehtu dia ckp..suruh pergi nepro u x pegi..aku jwp bukan x pegi, kami dah pegi tp nepro suruh balik dlu ,time tu patien terlalu ramai, nak pegi balik ,maklum la anak tgh skolah, dia pun kejap ok kejap tak, dgn temujanji saya lagi..pehtu dia bebel lagi ,u aaa kalau x buat dialisis dlm keadaan u sekarang saya jamin paling kuat dlm 2 minggu u boleh mati dirumah, aku time tu nak sepak ke tidak doktor ni..menahan sabo aku, tok laki aku senyap ,sentap jugak bila doktor ckp gitu,pehtu doktor sambung lagi, saya suruh u tukar insulin u tolak insulin kenapa?, time tu aku dah cekak pinggang, doktor suami saya ni mmg on insulin 3x sehari doktor, dan kami x pernah pun jumpa doktor sblum ni, dia patien pakar bukan doktor, doktor ni salah tgok laporan org lain ke apa..doktor ni main sembur je, baca le betul2 laporan tu doktor jgn main ckp saja, pehtu dia kata eh yaka ka..kejap sapa punya laporan, nama u sapa🤦

Selepas tu dia bg slip kecik utk buat ECG tgok jantung mcm mana, agak nak cover malu🤭, time di bilik ECG kebetulan misi dlm bilik doktor ada di bilik ECG terus aku tarik tanya dia , sapa nama doktor tu, misi ckp Dr Phang, daku kata mmg sesuai lah rasa aku nak lempang aje doktor tu..main sembur je patien, kot ye stress tgok la dlu sapa patien dia handle.. gelak misi tu, sampi dema minta maaf bagi pihak dia..
Dalam masa mesin ECG tu jalan doktor tu dtg tgok slip ecg ecg berkenaan, dan aku ckp jgn kata jantung laki saya terok plak, tersengeh2 dia, dia jwp ok..lastly dia bagi jugak kalimate utk kawal potasium..taik bertui..awai2 aku mintak x kasi..itu x leh ini x leh..aiyakkkk.
Sejak dari hari itu, kesihatan tok laki aku merudum ,dia down ke apa ke x paham jugak aku..hari selasa (minggu depanye) mmg temujanji dgn pakar.. sblum jumpa pakar..doktor tadi kasi slip utk ambik darah pada hari jumaat minggu tu dan jumpa doktor balik,so setelah beberapa hari makan kalimate tu..jumaat ambik result dan jumpa doktor balik.. result turun sket tinggal 6.1 bermakna progress dia agak slow utk turun, doktor suruh sambung lagi..sampi selasa dan pada selasa tu ambik drh lagi..bio pakar plak yg tengok hari tersebut.

Sambung.......😂






Monday 21 October 2019

Dr Rushdan


Horas!
Aku share je apa pakar ni ckp

Derita yang dilalui oleh pesakit kanser, memang sukar untuk diungkapkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Pun begitu, bila dilihat dari sisi semangat yang mereka ada, jujur terbukti mereka ini cukup luar biasa. Hakikatnya, bukan calang-calang orang mampu diuji sedemikian.
Menyentuh tentang makna sembuh sepenuhnya bagi pesakit kanser, ayuh kita fahami perkongsian yang diberikan oleh Dr. Rushdan Noor ini melalui akaun fbnya. Jom semak..MAKSUD “KANSER SEMBUH SEPENUHNYA”

Semua pesakit kanser mahu penyakit kanser mereka disahkan SEMBUH SEPENUHnya. Begitu juga pakar kanser yang tentu akan merasa satu kepuasan jika berjaya merawat pesakit kanser sehingga sembuh. Walau bagaimanapun perkataan sembuh sepenuhnya daripada penyakit kanser tidak sama dengan penyakit bukan kanser.

Penyakit ketumbuhan fibroid (bukan kanser) yang dikesan pada rahim seorang wanita boleh dianggap sembuh sepenuhnya jika pembedahan mengeluarkan rahim dilakukan. Begitu juga ketumbuhan-ketumbuhan bukan kanser yang lain akan dianggap sembuh sepenuhnya jika ketumbuhan itu dikeluarkan.

Penyakit kanser BELUM boleh dianggap sembuh sepenuhnya walaupun kanser sudah tidak dapat dikesan (melalui semua jenis ujian) selepas rawatan ataupun pakar bedah sudah mengeluarkan kanser tersebut daripada badan. Pakar kanser hanya akan nengatakan bahawa buat masa ini ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan tidak ada kanser yang wujud dalam diri pesakit. Dalam istilah perubatan, kami gunakan perkataan “no evidences of disease” (NED) ataupun “disease free”. Ini bukan bermaksud pesakit kanser sudah sembuh sepenuhnya.

Boleh Datang Semula

Kanser berbeza dengan penyakit bukan kanser kerana kanser masih boleh datang kembali selepas rawatan walaupun ujian-ujian pengesanan yang dilakukan tidak menunjukkan adanya kanser. Ada beberapa sebab mengapa keadaan ini berlaku di antaranya adalah:

1. Kanser adalah penyakit yang asalnya disebabkan berlaku kelainan genetik yang bertanggungjawab mengawal pembiakan sel. Walau pun kanser sudah dihapuskan sepenuhnya, kelainan genetik itu masih wujud.

2. Pendedahan kepada punca terjadinya kanser itu masih terus berlaku samada disedari ataupun tidak disedari oleh pesakit. Banyak jenis kanser yang tidak diketahui puncanya, jadi pesakit tidak tahu apa yang perlu dielakkan.

3. Ujian-ujian mengesan kanser yang ada pada hari ini tidak 100% tepat. Setiap ujian samada ujian darah ataupun pengimejan diagnostik seperti CT scan, MRI dan PET scan mempunyai kelemahan dan tidak 100% tepat. Jadi jika PET scan melapurkan tidak ada “hot spots” bukan bermaksud 100% tidak ada sel kanser di dalam badan.

4. Sel-sel kanser boleh berubah menjadi kebal kepada rawatan dan walaupun pembedahan serta rawatan kemoterapi/radioterapi dijalankan telah berjaya menghapuskan hampir kesemua sel kanser, sel kanser yg terselamat boleh berubah menjadi kebal dan lambat laun boleh membiak semula selepas beberapa lama mendiamkan diri. Sel-sel kanser ini selalunya daripada kanser jenis yang ganas ataupun kanser peringkat lewat.

5. Kaedah rawatan kanser yang ada pada hari ini walaupun terbaik setakat ini, namun bukan 100% berkesan. Banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan rawatan termasuk jenis kanser, peringkat kanser, jenis rawatan, dos rawatan, jangkamasa rawatan dan lain-lain lagi. Faktor sistem di dalam badan pesakit juga memainkan peranan, contohnya pesakit yang mempunyai kelemahan sistem pertahanan lebih sukar dirawat. Rawatan dianggap kurang berkesan jika tempoh “disease free” yang dialami oleh pesakit adalah singkat.

Negatif Selama 10 Tahun

Walau bagaimanapun memang ada pesakit yang akan sembuh sepenuhnya tetapi pakar kanser tidak dapat mengesahkannya dalam jangkamasa yang singkat. Peluang untuk sembuh sepenuhnya bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser dan banyak lagi faktor. Kanser di peringkat awal mempunyai kadar penyembuhan yang paling tinggi.

Umumnya seseorang pesakit kanser itu dianggap sembuh sepenuhnya jika semua kaedah ujian pengesanan kanser melapurkan keputusan negatif selama 10 TAHUN. Maksudnya pesakit kanser perlu menjalani rawatan susulan selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum boleh dianggap SEMBUH SEPENUHNYA (ada juga kes terpencil di mana kanser datang kembali selepas 10 tahun).

Jangan Terpedaya

Pesanan saya kepada orang awam adalah amalkan gayahidup sihat dan lakukan saringan kanser kerana mencegah lebih baik daripada berubat. Manakala pesanan saya kepada pesakit kanser pula adalah jangan berhenti menghadiri klinik kanser untuk pemeriksaan susulan walaupun anda sudah tamat menjalani rawatan dan pakar kanser sudah memaklumkan yang anda sudah tidak memerlukan rawatan lanjut. Hampir 80% kes-kes kanser berulang dikesan pada 2 tahun pertama dan 20% lagi pada tahun-tahun berikutnya.

Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pengamal rawatan alternatif ataupun penjual produk suplemen/herba yang mendakwa pesakit mereka sudah SEMBUH SEPENUHnya selepas rawatan yang mereka berikan. Malahan kajian menunjukkan pesakit yang dirawat dengan kaedah alternatif mempunyai kadar penyembuhan dan jangkahayat yang lebih rendah daripada pesakit yang dirawat dengan kaedah rawatan kanser konvensional.

Di samping itu saya dapati ada juga pesakit-pesakit kanser yang sudah menjadi “jurucakap pakar kanser” memberi testimoni menceritakan amalan-amalan mereka termasuk mengambil produk-produk  tertentu untuk kekal bebas daripada kanser sedangkan mereka baru sahaja beberapa bulan selesai menjalani rawatan kanser. Yang untungnya adalah penjual supliment.

Seorang pesakit kanser berbeza dengan pesakit-pesakit yang lain walaupun menghidap kanser yang sama. Dapatkan maklumat daripada pakar kanser yang merawat anda. Saya bimbang jika anda mengelak daripada sesuatu yang tidak perlu dielakkan dan mengamal sesuatu yang boleh memudaratkan.

sumber : Dr Rushdan Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi

Sunday 20 October 2019

Aku dan kanser

5/12/2017 - 5/12/2018 genap setahun selepas oprate buang bende Allah tu kat rectum..Alhamdullillah sentiasa sehat diberi Oleh Allah SWT...
4/12/2017 warded mula la perjalanan..pg tu masuk dengan keadaan yg berbelah bagi..takut..keto..fikiran celaru kejap nak teruskan kejap nak blah dr spital..pengalaman yg x mungkin dilupakan..pg tu sesi bersua muka dgn doktor colorector..gitu gini gitu gini bg penerangan ,biasa la doktor yg sorang ni bg ayat2 dia sarcastic..x pujuk x psyco dia straigt fwd ,buat aku gelisah..jenuh zikir ,solat dhuha ,solat itu ini..mengaji nak tenangkan otak, tp bila teringat kata2 doktor ni..x mau nye tenang..bila dimaklum 50/50 opration utk berstoma seumor hidup atau pun tidak..dtg pulak pakar bius yg sgt2 sedap hati dengo, dia suruh baca surah itu, suruh zikir ini..sampi ku tanya kalau saya x nak buat boleh x, dia dgn suara lembut pujuk zaleha CA ni bkn mcm kencing manis atau drh tinggi makan ubt boleh reduse..CA kena buang cara teknikal nye..lepas tu baru prosedur seterusnya..mati bila2 masa boleh mati jgn kita fikir kerja Allah, skrg kita buat kerja kita, nak baik ngan izin Allah ikhtiar ...panjang lebar gak kene tarbiah bahasa halus.😁😁lepas tu dia pun keluar..menung daku..boleh terima dlm hati, kejap je..lepas tgok muka anak2 ngan laki balik hati dup.dap..mula drama nak balik x nak buat..bagun dari katil nak ikut balik ...kemas semua barang..misi nampak terus belari dua tiga org peluk daku..pujuk nasihat..tenangkan diri ni..lama jugak..so x jadi plak balik..sambil lepa2 tu prosedur utk di oprate ttp juga berjalan ikit je step by step, sambil menung, menangis s.ambil2 biar misi buat koje dia iaitu  buat tagging bhg perut, dimana nak kedudukan stoma dikeluarkan dari perut, dgn bahasa lembut..misi tanya akak kat mana nak letak  stoma nanti nak  kanan ke kiri..aku pun blur  x  kan,an x leh berpikir dgn waras maka jawap spontan kanan lah, sambil senyum, tp senyuman apa pun x tau lah ..maka misi pun buat la kanan..padahal  dia buat2 kedua2 belah tagging 🤣🤣 sbb x tau masa tu bhg mana perlu stoma berada....dah tanda aku senyum je..aku tgok lukis2 kat perut..kelako ada, rasa nak.marah ada,rasa  aku nak lari  balik pun ada, mak aku ada time misi lukis2 tu..mak ckp sabo je byk2..nnt baik la..mak doa kamu ok, sehat boleh buat itu ini..mak slalu doakan kamu..ate sambil dia ckp sambil merambu ayo mate..ateeee...😪 

Ptg tu start minum fortrans bancuh 1 jug,aku teguk macam minum air biasa je, habis sejug bancuh lagi sejug...aku rasa sedap plak air ni..laju je minum..misi tanya mana air..aku jawap udah abis..aik..dia.kata lajunya..malam tu start membuang..skali ngan drah sbb mmg berak berdarah pun..sampi la kul 4 pg gitu..kul 6 pg dtg misi .kasi ubt bubuh kat bontot plak..udah laju aku belari masuk toilet..ubt tu warna putih dlm ubtbotol nipis ada nozel dihujung, dia jolok bontot dan tekan ubat tu,ubat  cuci usus juga katanya..kul 8 pagi misi kata tukar baju dah nak tolak ke bilik ot..ate..tetiba aku kelam..xnak pegi..nak balik jugak..kakak aku kata nak balik sagt jom.(sebeno dia gempo je) aku laju je bagun nak balik..berlari lagi misi pegg daku pujuk kali ni siap doktor on call  time tu dtg pujuk aku,aku merayu konon nak tunggu semua family aku dtg dlu😌😌aku tgok laki aku..kakak aku, anak aku siap menangis x tahan tgok aku..sbb aku org nye hepi go lucky..tp kali ni..x berapa nak hepi..last dema tolak juga masuk bilik ot..masa jalan ke bilik ot tu mmg x tau nak ckp apa dah..nangis..nangis..nangis doa mintak ampun bagai semua kluo..yg paling kelako utk kali terakhir mintak semua family masuk bilik ot .kau hagak 😁😁 mmg dpt la pulak pemintaan aku aku tu ..org lain x pernah diberi masuk..ni 1 family kot..lepas 1/2 jam..pakar bius suruh family kluar...nak operate kul 10..kul 8 dah tolak masuk..mmg rasa nak pengsan...mula pikir mcm mana nak lari dr bilik ot ni.. ting!! Akal sampi..pura nak kencing...ada misi dan sorang lagi org lelaki follow belakang..daku kata x yah ikut saya ok..diorang kata niat nak lari tu kami tau..xde sapa boleh lari..tandas pun xde tingkap..cait!!! Dgn slamber dan cover malu kencing la juga.😂😂
Lepas tu tolak dalm OT time ni drama lagi..x nak baring nak balik juga..jenuh pujuk..siap.panggil doktor wanita pujuk..peluk x lepas..dia nasihat pujuk..sambil tu doktor bius jalan kan tugasnya sambil suruh aku istighfar..ngucap , zikir..lepas tu agaknye dia bg ubat penenang ke apa x tau jugak..elok je aku baring..yg nak kasi oksigen  air siap lap air mata aku dan dia   siap ckp puan ngucap ye..kami doa semua dipermudahkan..aku pun ngangguk je..kami ada yg Islam disini..puan tenang je..sudah aku pun padam..sedo2 dah ada dibilik high risk..mak ada kat seblah..aku terdengar doktor yg bedah ckp ..anak makcik  smangat kuat dan lucky..stoma dia sementara aje..aku dengor sujud syukur wpun aku x leh bagun Alhamdullillah lepas tu positif yg amat daku..x sampi sehari guna morfin..aku x rasa sakit oprate..tp semangat nak baik dan sehat yg tetanam dlm hati..
Panjang nau cerita ye..sebeno pjg lagi ku pendekan sikit 😂😂😂 moga semua yg membaca ni jgn tiru daku ...Alhamdullillah sejak lepas oprate daku sehat sahaja sampi sekarang, smua plan doktor aku ikut xde yg tertinggal , smua di permudahkan...sbb tanam dlm hati nak sehat..sehat sehat..dan tunaikan apa yg belum tertunai..

Thursday 11 July 2019

AKU SEBAGAI MUTAN



Horras!!!!

Result biopsy aku 2/11/2017
  
Kali ni entri aku kali ni panjang ,sbb nak cerita all out,pasai perjalanan  aku kedunia mutan 😆😆





Sebelum tu aku nak cerita sikit perubahan pada rutin harian tubuh badan aku..aku ni mmg kerap membuang, mmg dari remaja..asal makan berak, asal makan berak, masuk je makanan mesti berak, so xde le gemok badan aku..just nice dan maintain je la kan..

so
nak cerita pada awal bln 10 aku dah rasa perubahan bada badan aku..bab berak juga..bila makan mula membuang..kalau dlu dalam 3..4 kali normal..tp kali ni lebih lagi dalam 10 ke 11 kali mcm tu, setiap hari, asyik2 ke toilet .perut terasa masuk angin..bloted kadang2, so slalu la ke klinik dan hospital..bila pegi doktor kata gastrik, asal pegi tu je jawapan..bagi la ubt gastrik dlm 3 minggu gitu la..yg jadi pelik dan ajaibnye bdan daku menaik..dari 65kg terus ke 73kg, rasa x xselesa semacam tgok badan gemuk🤣🤣padahal gi gym dan main netball tu.. masalahnye bila membuang kerap, aku jadi lapo, bila lapo makan byk tp x berasa nak kenyang, asyik nak makan je..sarapan pg nasi, dok dalam 2 jam lapo balik..masa time gitu asyik berulang la ke toilet x berenti.. ada juga rasa hati nak gi spital swasta, heran juga, rutin berak nye terlampau kerap, tp mikirkan masa minggu ketiga kejadian, tok laki nak gi bercuti ke Korea, maka ku tahankan diri, nnti tunggu dia balik lah baru nak pegi spital .so hold dlu..nak  jdi cerita, pejabat aku ni terlampau rajin juga buat makan2 ni..asal jumaat ada je kejadian makan2..biasa steamboat la..apa lagi seminggu skali tu la makanan sedap di bedal..time nyambut hari jadi pun makan2 juga..masa tu ingat lagi 31/10/2017 nyambut besday daku n rakan2 yg sama bulan hari jumaat ..makan sedap la, time tu jugak ada bacaan yassin kat pejabat..mcm2 makanan ada..tp aku trigger steamboat aje, sbb yg tu aku suka..makn sesungguhnye haritu,dah makan membuang, pehtu sambung makan, .sampi la keptg hari makan2, so masa ni aku membuang rasa pelik sikit ,sbb smasa bak flush aku ternampak air dlm tolet kaler merah..aku x rasa herab lagi..maybe sbb kuah atau air sirap..😅 so x kesah sangat..kali kedua ulang membuang pun sama kulihat merah air bersama bahan kumbahan..pun x berkesah juga..so sampi la kat rmh masa th dah 5.30ptg..bila membuang kat toilet baru nampak darah menitik nitik kat bowl tiolet..masa tu baru rasa cuak,..lepas bersih semua, aku call tok laki..masa ni dia baru 2..3 hari balik dari korea..dah start keje balik..aku call kabo tok laki..suruh dia balik cepat..aku nak mati dah sbb kluar darah🤣🤣 tok laki pun kebetulan mmg nak balik..terus balik..ajak gi spital pantai ptg tu juga..masa dlm kereta aku rasa lain macam, seram sejuk, peluh dingin semua kluo, mula la buat drama, salam tok laki cium tangan mintak maaf , kabo nak mati dah..dok kacau laki tgh memandu, sampi laki pun rimas n ckp abang tengah bwk kreta ni,jgn buat hal😁 biasa la aku gemo buat hal..dok sentap kejap la dlm kreta sampi la ke Hospital Pantai, daru rmg ke spital dlam ,45 ke 50 min jugak..sampi2 daftar, masuk wad kecemasan, masa ni darah aku naik tinggi sampi ,165/95 biasa la..kecut perut, dema set line kasi ubat reduse, masuk air bagai , sementara doktor sampi, membuang tetap juga diteruskan..MO ada la, mula la buat penyiasatan, tanya berak mcm mana, kluar darah berapa lama, cara buang mcm mana, berat badan susut ke..ada keturuan buasir ke..mcm2 dia tanya sampi aku mintak doktoe nak baring kepala aku pening😝





So doktor pun kasi rehat, lega aku dpt baring,..kendian x lama dtg la doktor pakar, mmg slalu jumpa dia pun Dr Sumithra, dia panggil bilik lain utk cek bhg dubur, menggunakan jari jolok,masa dia tarik jari bersembur darah  keluar kot bontot, dan jari dia penuh darah, kendian aku tengok muka dia berubah,zaleha im big worries, i think ni bkn buasir, something dlm tu, ada rasa keras....ok malam ni warded, esok kita buat ujian darah, buat colonoscopy bawah  dan scoop atas..nnt ada something kita ambik sample buat biopsy , terus..aku senyum je la..apa nak kata. Kalau balik pun bkn aku reti apa nak buat kan..so ikut je la.. tido le aku disitu🤪 kebetulan esok sabtu tok laki ngan anak aku tido rmh kakak aku di ipoh juga, x jauh..dari spital tu..memandang udah malam , aku tido je la...😴😴 Esok punya hal lantak janji aku lena..😄



p/s 3 hari 2 mlm jugak aku tido situ, biasa lah spital swasta kan..masyukkkk...